PANDUAN PELANTIKAN, PEMBAHARUAN DAN PENAMATAN BADAN PENERAJU INDUSTRI

1. PENDAHULUAN
  • Panduan Pelaksanaan pelantikan, pembaharuan dan penamatan Badan Peneraju Industri ini (selepas ini disebut sebagai “Panduan ini”) bertujuan memberi panduan mengenai proses pelantikan, pembaharuan dan penamatan badan peneraju industri (selepas ini disebut sebagai “ILB”). Panduan ini merupakan kenyataan yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran.