AKTIVITI ILB
ILB terlibat secara langsung dalam penyelidikan dan pembangunan khususnya menjalankan kajian permintaan dan penawaran tenaga kerja, menerajui hala tuju industri ke arah aktiviti yang berimpak tinggi dalam mengenalpasti keperluan kemahiran semasa dan membentangkan hasil dapatan kajian yang telah dijalankan.
ILB turut menyokong penuh dan membantu Jabatan dalam :
-
Mengenalpasti rangka kerja dan pengelasan pekerjaan dalam sesuatu industri yang berkaitan;
-
Mengenalpasti kemahiran dan keperluan latihan yang diperlukan oleh industri secara menyeluruh;
-
Menyediakan data yang mencukupi dan terkini daripada industri yang berkenaan;
-
Mencadangkan NOSS baru bagi memenuhi keperluan industri di sektor berkaitan; dan
-
Mengkaji semula Standard sedia ada mengikut keperluan industri.
-
Menerangkan kepentingan Kerangka Pekerjaan dan Standard yang dibangunkan oleh jabatan kepada industri;
-
Mendorong pihak industri untuk mengiktiraf pengalaman dan kepakaran pekerja industri berdasarkan kelayakan serta kompentensi yang dimiliki;
-
Menggalakkan individu untuk terlibat sebagai personel yang mempunyai kepakaran dalam SPKM;
-
Mengalakkan pekerja industri untuk mengikuti pembelajaran serta latihan kemajuan teknologi yang berterusan secara formal dan berstruktur (up-skilling dan re-skilling);
-
Mengalakkan kerjaya pekerja industri secara berstruktur berdasarkan kompetensi pekerja; dan
-
Mempromosikan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dengan memperkenalkan identiti sebagai Badan Peneraju Industri bagi sektor industri yang diwakilinya, memperkenalkan JPK sebagai badan persijilan dan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) merangkumi:
-
Sistem Latihan Pusat Bertauliah (SLaPB);
-
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN); dan
-
Pengiktirafan Pencapaian Tedahulu (PPT);
-