LATAR BELAKANG

BADAN PENERAJU INDUSTRI (ILB)

Badan Peneraju Industri / Industri Lead Body (ILB) merupakan satu organisasi pemacu bagi sektor industri yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk melaksanakan fungsi-fungsi mengikut keperluan JPK.

Antara Kriteria Utama Perlantikan ILB adalah seperti berikut : 
  • Mendapat mandat dari pihak berkuasa berkaitan.
  • Mendapat mandat daripada pemain utama industri berkaitan atau 
  • Mempunyai akta tertentu yang mengawal selia industri.

Pelantikan ILB adalah berdasarkan peranan badan tersebut dalam memastikan sumber tenaga mahir berasaskan kemahiran mencukupi di pasaran buruh, sebagai jurucakap kepada industri yang diwakili, menjadi penghubung dalam memberi maklumbalas secara terus kepada JPK berkaitan keperluan bidang, perkongsian pintar dan cost sharing, juga secara langsung merancang dan memacu pertumbuhan serta perkembangan industri. Turut mencadangkan mekanisma terbaik dalam memartabatkan TVET serta mempromosikan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kepada industri masing-masing.

Kronologi Penubuhan ILB


Jawatankuasa Kecil (JKK) Kerjasama Strategik yang ditubuhkan di bawah Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) dianggotai oleh personel-personel daripada beberapa ILB. Hala tuju penglibatan ILB di dalam pelaksanaan TVET negara diselaraskan selari mengikut perancangan JKK Kerjasama Strategik dan MPKK. Selaras dengan fungsi MPKK, objektif JKK Kerjasama Strategik di bawah Teras Strategik Pengukuhan Kerjasama Strategik antara kerajaan, industri dan penyedia latihan TVET adalah seperti berikut:


i.Memperkukuh kerjasama industri ke arah industry-driven dalam pelaksanaan TVET bagi meningkatkan kebolehkerjaan; dan
ii.Menggalakkan perkongsian training material dan equipment di antara kerajaan, industri dan penyedia latihan TVET bagi memaksimumkan sumber yang ada.
Image

Peranan ILB

Image

Strategik Utama Penubuhan ILB

Image

Kategori ILB

Image
Image