KNOCK THE DOOR (KTD) 2023 - 26 ILB



MESYUARAT KERJA BAGI PENYELARASAN AKTIVITI BADAN PENERAJU INDUSTRI (ILB), DI BAWAH PROGRAM KNOCK THE DOOR (KTD) ILB 2023
telah dilaksanakan dengan jayanya, dihadiri oleh 25 ILB JPK. YBrs Puan Faizah Binti Harun mewakili TKP(P) JPK menyampaikan Amanat berkaitan perlunya sinergi strategik berterusan antara ILB dan JPK dalam memastikan SPKM terus kekal relevan di mata industri.

Program pada hari ini merupakan susulan daripada Pelaksanaan Program Knock the Door (KTD) ILB 2023 – Greater TVET Melalui Pemerkasaaan Badan Peneraju Industri, kepada semua 26 ILB daripada bulan Februari hingga Julai 2023.

Program ini turut disusuli dengan Mesyuarat Penyelarasan Bersama Bahagian JPK yang dipengerusikan oleh YBrs Puan Hajjah Zuleah Darsong, dihadiri oleh semua Bahagian JPK bagi menyokong komitmen 10 deliverable output yang diresolusikan secara perbincangan meja bulat bersama 25 ILB.

LAPORAN AKTIVITI
PROGRAM KNOCK THE DOOR (KTD)
ILB 2023
(PDF | VIDEO)