Lawatan Indusri Ke Kilang Honsin Apparel Sdn Bhd Batu Pahat Johor

Lawatan Indusri Ke Kilang Honsin Apparel Sdn Bhd Batu Pahat Johor

15 Mei 2024 - Lawatan industri ini diselaraskan oleh Badan Peneraju Industri (ILB) bidang Tekstil dan Pakaian iaitu Malaysian Textile and Apparel Centre (MATAC) di mana turut bersama di dalam lawatan ini adalah delegasi dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Human Resource Development Corporation (HRDCorp), MITI & Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE).

Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan pengalaman sebenar dan pemahaman mengenai proses pembuatan tekstil dan pakaian serta melibatkan perkongsian pandangan mengenai perkara lain yang berkaitan dengan Industri Tekstil dan Pakaian dari sudut dana latihan kepada pekerja, pengiktirafan pekerja berkemahiran, TVET, NIMP 2030 dan sebagainya.
Image
Image
Image
Image
Image