Ujian Amali Bidang Penyembelihan Poltri Halal Bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2
Pada 7, 9 dan 10 Oktober 2024 bertempat di Ayamas Food Corporation Sdn Bhd (AFCSB) telah diadakan Ujian Amali bidang Penyembelihan Poltri Halal untuk penganugerahan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2. Seramai 25 orang calon yang menduduki ujian ini terdiri dari Ayamas cawangan Port Klang, Selangor, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Bandar Tenggara, Johor. Selain itu, turut terlibat sebagai calon adalah pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Eksekutif Halal dari QSR Brands (M) Holding Berhad.
Ujian amali ini merupakan tahun kedua diadakan oleh @Halal Development Corporation Berhad dan AFCSB dengan kerjasama JAIS sebagai salah satu langkah untuk mengiktiraf kemahiran dan kompetensi individu yang terlibat secara khusus dalam aspek penyembelihan Halal, khususnya kepada penyembelih dalam industri makanan, tidak hanya terhad kepada kad tauliah sembelihan sahaja.
Diharapkan usahasama ini dapat diteruskan pada tahun yang seterusnya bersama dengan Jabatan Agama Islam Negeri yang lain dalam usaha memartabatkan kerjaya seorang penyembelih Halal di Malaysia sebagai barisan hadapan dalam industri makanan Halal.