THE 7TH MALAYSIA OIL & GAS SERVICES EXHIBITION AND CONFERENCE (MOGSEC)

THE 7TH MOGSEC DAN OIL & GAS ASIA (OGA) 2024

THE 7TH MALAYSIA OIL & GAS SERVICES EXHIBITION AND CONFERENCE (MOGSEC) DAN OIL & GAS ASIA (OGA) 2024

27 September 2024 – Badan Peneraju Industri (ILB) The Malaysian Oil, Gas & Energy Services Council (MOGSC) telah menganjurkan THE 7TH MALAYSIA OIL & GAS SERVICES EXHIBITION AND CONFERENCE (MOGSEC) bersempena dengan penganjuran OIL & GAS ASIA (OGA) 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 25 hingga 27 September 2024 yang lalu.

MOGSEC 2024 ini dianjurkan untuk menyatukan pelbagai pihak dalam sektor minyak dan gas di Malaysia, sambil mengetengahkan peranan kritikal yang dimainkan oleh penyedia perkhidmatan dan peralatan OGSE (Oil and Gas Services and Equipment) dalam pembangunan negara.. Gabungan MOGSEC dengan acara Oil and Gas Asia (OGA) kali ini memperkuatkan peluang untuk perkongsian pengetahuan, rangkaian perniagaan, dan pameran teknologi terkini yang diperlukan oleh industri bagi memacu pertumbuhan sektor ini di ASEAN.

Selain itu, MOGSEC 2024 turut memberikan fokus kepada kelestarian melalui konferensi seperti Petrochemicals Sustainability Conference, yang mencerminkan komitmen industri untuk memperbaiki kesan alam sekitar dan mengurangkan pelepasan karbon di sektor tenaga.

MOGSC selaku ILB turut mempromosikan National Occupational Skill Standard (NOSS) dan Occupational Framework (OF) di dalam bidang Oil & Gas yang telah dibangunkan oleh JPK. Pn Faizah Harun, Pengarah Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik turut dijemput bagi menyampaikan taklimat di dalam Slot Pocket Talk pada 25 Oktober 2024.

JPK juga turut mengetengahkan usaha jabatan dalam misi Talent Development (PPV) di dalam bidang yang sama memandangkan PPV di dalam bidang ini perlu ditingkatkan lagi.
okt22
okt10
Image
okt9
okt11
okt6