TAKLIMAT PEMERKASAAN PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA DALAM BIDANG PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (OCCUPATIONAL FRAMEWORK & NOSS)
29 Oktober 2024 (Selasa) - Badan Peneraju Industri (ILB) SWCORP telah menganjurkan satu sesi Taklimat Pemerkasaan Pensijilan Kemahiran Malaysia Dalam Bidang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Occupational Framework & NOSS) di Hotel Pulse Grande, Putrajaya.
Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh 100 orang peserta yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kontraktor-kontraktor perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam serta operator fasiliti pengurusan sisa pepejal.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memperkenalkan peranan SWCorp sebagai Badan Peneraju Industri (Industrial Lead Body, ILB) yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia serta fungsi Pusat Latihan Solid Waste Training Centre (SWTC) yang ditubuhkan oleh SWCorp dalam menawarkan latihan peningkatan kemahiran pekerja industri pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Para peserta juga turut diperkenalkan dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan peranannya dalam meningkatkan tenaga kerja mahir negara berpandukan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan Kerangka Pekerjaan (OF) yang telah dibangunkan.
Melalui taklimat ini, SWCorp ingin menarik minat para peserta untuk mempersijilkan pekerja-pekerja mereka dengan Sijil Kemahiran Malaysia sama ada melalui kaedah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) atau Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT). Semoga usaha ini dapat meningkatkan jumlah tenaga mahir dalam sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.