TAKLIMAT PEMERKASAAN PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA DALAM BIDANG PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (OCCUPATIONAL FRAMEWORK & NOSS)
24 Oktober 2024 - Anjuran Badan Peneraju Industri (ILB) @BPKLP - Bahagian Pembangunan Kapasiti & Latihan Pertanian yang telah berlangsung dari 22 - 24 Oktober 2024 di Hotel Villea, Port Dickson dengan kehadiran 150 orang peserta yang terdiri daripada syarikat, pusat latihan, agensi kerajaan, IPTA dan IPTS yang berkaitan dengan TVET Pertanian.
Program ini dilaksanakan bagi tujuan mempromosikan Occupational Framework (OF) dan NOSS dalam bidang pertanian dan keterjaminan makanan.
Turut serta semasa Majlis Perasmian program ini adalah Pengurusan Tertinggi JPK, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Ts. Abdul Halim bin Abd Rahman dan Pengarah BSPKTVET Pn Siti Fauziah binti Jumadi.
Peserta turut dilibatkan untuk memberi maklumbalas tentang standard sedia sekiranya ada keperluan untuk dikemaskini mengikut keperluan industri semasa.