Program Kerangka Pekerjaan (OF) Dan Standard Keamahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Bersama Industri

Program Kerangka Pekerjaan (OF) Dan Standard Keamahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Bersama Industri

SESI LIBAT URUS BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN BAGI MEMPERKASAKAN KESEDARAN TENTANG PEMBANGUNAN KERANGKA PEKERJAAN (OCCUPATIONAL FRAMEWORK) DAN STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN ( NOSS ) BAGI SUBSEKTOR REL 2024

25 Oktober 2024 - Sesi Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan Bagi Memperkasakan Kesedaran Tentang Pembangunan Kerangka Pekerjaan (Occupational Framework) Dan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan ( NOSS ) Bagi Subsektor Rel 2024 anjuran Malaysia Rail Development Corporation (MRDC), agensi dibawah Kementerian Sumber Manusia. Sesi libat urus ini telah diadakan pada 24 Oktober 2024 di Hotel Tenera, Bangi dengan kehadiran 100 peserta terdiri daripada pengamal industri, pengguna akhir, institut latihan awam dan swasta yang terlibat secara langsung didalam industri rel.

Majlis ini dirasmikan oleh Tn Hj Hamidi bin Adam, Timbalan Setiausaha Bahagian Darat, Kementerian Pengangkutan dan disertai oleh Pn. Siti Fauziah binti Jumadi,Pengarah BSPKTVET dan Pn. Nurul Adilah binti Abd Wahid, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MRDC.

Program ini dimulakan dengan memperkenalkan peranan JPK kepada semua pemegang taruh berkaitan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia, Kerangka Pekerjaan, NOSS serta peranan MRDC sebagai Badan Peneraju Industri yang dilantik oleh JPK dalam bidang rel di Malaysia.
Sesi petang program pula melihat semula isi kandungan NOSS berkaitan bidang rel sediada yang telah dibangunkan lebih dari 10 tahun supaya releven dengan teknologi dan keperluan kompetensi terkini yang diperlukan oleh industri.
jkkn1
jkkn3
jkkn2
jkkn4