Pelaksanaan Engagement Session: Career Pathway and Essential Skills in Industry of Leather under Occupational Framework (OF) of MSIC 15 : Manufacture of Leather and Related Product
22 Oktober 2024 (Selasa) - Pelaksanaan Engagement Session: Career Pathway and Essential Skills in Industry of Leather under Occupational Framework (OF) of MSIC 15: Manufacture of Leather and Related Product anjuran Badan Peneraju Industri (ILB) Malaysian Textile and Apparel Centre (MATAC) bagi mempromosikan OF tersebut dan memberikan pendedahan peluang kerjaya dan inspirasi kerjaya dalam bidang pembuatan kasut kulit, beg dan rekaan. Program ini di hadiri oleh 100 peserta terdiri daripada pelajar sekolah, kolej vokasional, IPTA dan IPTS.
Program ini telah dirasmikan oleh Pn Faizah binti Harun, Pengarah Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik. Turut hadir adalah Pn Siti Fauziah binti Jumadi, Pengarah Bahagian Standard Pekerjaan dan Kurikulum TVET.
Penceramah daripada industri turut berkongsi inspirasi mereka di dalam bidang ini adalah:
1. Dato’ Lewre Lew, Pengasas Lewre Bespoke KL Sdn Bhd
2. En Ivansham, CEO Redwhleelz Trading Sdn Bhd
3. Ms Max Kong, Pengasas MX Manierr
Acara ini juga menyaksikan perlancaran buku Occupational Framework MSIC 15: Manufacture of Leather and Related Products dan Penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang Pertandingan Rekaan Kasut Antarabangsa 2024.