Bengkel Bimbingan Pendaftaran Pusat Penilaian Amali Bagi Industri Kesenian Budaya Tahun 2024

Bengkel Bimbingan Pendaftaran Pusat Penilaian Amali - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPA-PPT) dan Pentauliahan Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (PB SLDN) Bagi Industri Kesenian Budaya Tahun 2024

??????? ????????? ??????????? ????? ????????? ????? - ????????????? ?????????? ????????? (???-???) ??? ???????????? ????? ?????????? ?????? ??????? ???? ???????? (?? ????) ???? ???????? ???????? ???? ?????? ????? ????

Pada 19 dan 20 Oktober 2024, bertempat di Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan (JKKN), Kuala Lumpur, telah diadakan Bengkel Bimbingan Pendaftaran Pusat Penilaian Amali - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPA-PPT) dan Pentauliahan Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (PB SLDN) bagi Industri Kesenian Seni Budaya Tahun 2024.
Program ini adalah inisiatif anjuran JKKN sebagai Industry Lead Body (ILB) dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dalam usaha memperkasakan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). Seramai 9 syarikat telah mengikuti sesi bimbingan Pendaftaran PPA-PPT, manakala 14 syarikat menunjukkan minat untuk mendaftar sebagai Pusat Bertauliah SLDN.
Tiga (3) orang pegawai daripada JPK, iaitu Puan Masni binti Mahat dari Bahagian Pensijilan Kompetensi (BPK), Puan Safiza binti Saleh dari Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS), serta Puan Suziyana binti Shaidin dari Bahagian Pentauliahan (BPT), telah memberikan taklimat dan bimbingan untuk memastikan kejayaan bengkel ini.
Usaha melalui bengkel bimbingan ini merupakan langkah penting dalam meningkatkan produktiviti dan daya saing industri di Malaysia. Ini juga memastikan syarikat dan industri dapat menawarkan program yang relevan dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri semasa.
jkkn1
jkkn3
jkkn5
jkkn2
jkkn4
jkkn15