Program Promosi & Advokasi Industri Penjagaan : Sektor Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti

Program Promosi Dan Advokasi Industri Penjagaan : Dalam Konteks Jabatan Kebajikan Masyarakat Sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) Sektor PEnjagaan dan Perkhidmatan Komuniti

12 Jun 2024 (Rabu) - Program Promosi dan Advokasi Industri Penjagaan: Dalam Konteks Jabatan Kebajikan Masyarakat Sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) Sektor Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti telah diadakan di Dewan Perdana Nur, Bangunan KPWKM, Putrajaya.

Penganjuran program ini bertujuan untuk:
1. Mempromosikan fungsi dan peranan JKM sebagai Badan Peneraju Industri Sektor Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti termasuk Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)
2. Mempromosi Industri Penjagaan sebagai inisiatif dan komitmen kerajaan terhadap Ekonomi Penjagaan (Care Economy)
JKM merupakan Badan Peneraju Industri atau Industry Lead Body (ILB) Sektor Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Oleh demikian, Jabatan Pembangunan Kemahiran telah dijemput untuk memberi ceramah bertajuk “Kaedah dan Keistimewaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) Dalam Sektor Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti”. JPK diwakili oleh 2 pegawai iaitu, Dr Fairus Atida binti Said dari bahagian BPK dan Ts. Siti Harjar binti Mohd Nor.
Image
Image
Image
Image
Image
Image