SEMINAR SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) BAGI BIDANG HALAL OLEH INDUSTRY LEAD BODY HALAL DEVELOPEMENT CORPORATION (HDC)
27 Jan 2025 (Isnin), bertempat di Doubel Tree by Hilton Putrajaya, Halal Development Corporation Berhad (HDC) selaku _Industry Lead Body_ (ILB) bagi bidang Halal telah menganjurka ‘Seminar SKM Bidang Halal 2025’ khusus untuk pekerja yang terlibat dalam pensijilan dan kualiti halal seperti Eksekutif Halal, Jurusertu, Jurusembelih, Quality Assurance, Quality Control dan lain-lain yang berkaitan.
Objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada bakal-bakal calon SKM mengenai SPKM, JPK, peranan HDC sebagai ILB dan kaedah mendapat pengiktirafan SKM melalui kaedah PPT.
Penganjuran seminar ini kerjasama bersama dengan JPK dalam memberikan taklimat berkaitan dengan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) yang telah disampaikan oleh Encik Mahazrul bin Kamarrudin, Penolong Kanan Pengarah.
Disusuli dengan taklimat berkaitan dengan pelaksanaan persijilan secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) oleh Puan Mahella binti Omar, selaku PP-PPT.
Diharapkan melalui platform seminar ini dapat memberi maklumat awal serta gambaran yang jelas berkaitan pelaksanaan persijilan PPT dan seterusnya dapat membantu calon dalam menyediakan portfolio yang lengkap.
![jkkn1](/images/2025/02/05/halal1-2025.jpg)
![jkkn3](/images/2025/02/05/halal3-2025.jpg)
![jkkn5](/images/2025/02/05/halal5-2025.jpg)
![jkkn2](/images/2025/02/05/halal2-2025.jpg)
![jkkn4](/images/2025/02/05/halal4-2025.jpg)