Seminar Program Promosi Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kepada pekerja industri kreatif anjuran Bahagian Pembangunan Industri FINAS dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Kuala Lumpur, 19 Disember 2024 – Sekitar Seminar Program Promosi Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kepada pekerja industri kreatif anjuran Bahagian Pembangunan Industri FINAS dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bertempat di Imperial Lexis Kuala Lumpur.
Program ini bertujuan memberikan pemahaman mengenai SPKM kepada pekerja industri kreatif, khususnya dalam bidang perfileman. Selain itu, seminar ini turut membincangkan manfaat pensijilan SPKM kepada para peserta yang terlibat dalam industri kreatif.
Barisan panel jemputan terdiri daripada:
i) YBhg. Datuk Fauziah Nawi
ii) Tuan Syed Benyahya
iii) Puan Nik Adrea Nik Abdullah
Moderator:
Encik Ahmad Fedtri Yahya
Mereka berkongsi pengalaman, cabaran, peluang, dan prosedur mendapatkan persijilan kemahiran, sekaligus memberi inspirasi kepada peserta seminar.
Turut hadir Encik Muhammad Ar-Riyyan Mohamad Roslan, Pengarah Bahagian Pembangunan Industri FINAS; Puan Faizah Harun, Pengarah Bahagian Hubungan Industri & Kerjasama Strategik JPK; Ts. Shuhaina Ibrahim, Penolong Kanan Pengarah JPK; serta pegawai-pegawai FINAS.