29–30 September 2026 – Program ACE-ILB meneruskan pelaksanaan sesi verifikasi calon PPT bersama ILB Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang dilaksanakan di tiga lokasi, iaitu Institut Teknologi Unggas (ITU), Masjid Tanah, Melaka; Kolej Perikanan Sultan Nazrin, Lumut, Perak; dan Kolej Pertanian Malaysia, Bukit Tangga, Kedah.
Pelaksanaan sesi verifikasi ini merentasi pelbagai bidang kemahiran dalam sektor perikanan, akuakultur, poltri dan pemprosesan makanan. Antara bidang yang terlibat ialah Penyelenggaraan Vesel Penangkapan Ikan, Operasi Perikanan Tangkapan, Operasi Akuakultur Marin, Penyeliaan Operasi Akuakultur Marin, Operasi Ladang Poltri, Penyeliaan Operasi Akuakultur Air Tawar serta Pengeluaran Makanan (Pemprosesan).
13 CALON | 17 SKM | 3 AGENSI
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon yang telah mengambil bahagian dalam persijilan melalui Program ACE-ILB. Semoga segala pengalaman, kemahiran dan komitmen yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada perkembangan kompetensi dan kerjaya dalam bidang masing-masing.
Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada BPKLP, KPKM, PPL-PPT serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan Program ACE-ILB.





