ACE-ILB @ LEMBAGA KOKO MALAYSIA - Memperkasa Kompetensi dalam Industri Coklat

29 Sept - Sesi Penilaian Verifikasi Calon PPT Program [R]ACE ILB IMPAC bagi bidang Pengeluaran Coklat [C107-003-2:2020], Penyeliaan Pengeluaran Coklat [C107-003-3:2020] dan Pengeluaran Coklat Buatan Tangan [C107-004-2:2024] telah selesai dilaksanakan di Pusat Inovasi & Teknologi Koko (PITK), Lembaga Koko Malaysia (LKM) Nilai, Negeri Sembilan.

Sesi penilaian dinilai oleh 2 Pegawai Penilai Luaran (PPL) Encik Mohamad Omar Mahmud dan Puan Siti Noraizah Kassim. Kedua² PPL merupakan pemain industri dalam bidang coklat.

Encik Mohd Syahid Alias turut hadir selaku pemantau daripada ILB IMPAC. Terima kasih kepada PITK, LKM dan Penyelaras Pusat Encik Helmi Affendi Mohamad Azmi atas penyelarasan, bantuan dan hospitaliti sepanjang sesi penilaian dilaksanakan. Tahniah, anda sememangnya berkemahiran Tinggi!

Image
Image
Image
Image