Mengiktiraf Pengalaman, Memperkasa Kompetensi: ACE-ILB di Felda Plantation Management Sdn. Bhd.

Pahang | 26–27 September 2026 – Program ACE-ILB IMPAC terus memperkukuh pengiktirafan kompetensi tenaga kerja berpengalaman melalui pelaksanaan sesi penilaian verifikasi calon PPT di bawah Felda Plantation Management Sdn. Bhd., Pahang.

Sesi penilaian yang berlangsung selama dua hari di dua lokasi, iaitu Pejabat Wilayah Jengka pada 26 September 2026 dan Pejabat Wilayah Kuantan pada 27 September 2026, melibatkan calon dalam bidang berkaitan operasi penanaman dan penyeliaan operasi tapak semai kelapa sawit.

Di Pejabat Wilayah Jengka, penilaian melibatkan calon bagi Program Operasi Penanaman Kelapa Sawit (NOSS RB-081-3:2012) serta calon bagi Program Penyeliaan Operasi Tapak Semai Kelapa Sawit. Turut terlibat ialah seorang calon daripada FGV Agri (RB-083-3).

Sementara itu, sesi di Pejabat Wilayah Kuantan diteruskan bagi penilaian verifikasi calon PPT Program [R]ACE-ILB IMPAC. Keseluruhan sesi penilaian bagi kedua-dua hari tersebut dikendalikan oleh PPL Ts. Abu Na’im Bakri, dengan penyelarasan oleh Tn. Mohd. Firdaus Abu Naim.

Pelaksanaan penilaian ini memberi ruang kepada calon yang mempunyai pengalaman dan kompetensi tinggi dalam bidang industri untuk mendapatkan pengiktirafan melalui Persijilan Kemahiran Malaysia, sekali gus menterjemahkan pengalaman kerja yang dimiliki kepada pengiktirafan kompetensi yang lebih tersusun dan diiktiraf.

JPK merakamkan penghargaan kepada Felda Plantation Management Sdn. Bhd. atas sokongan, penyelarasan dan komitmen dalam menjayakan pelaksanaan sesi penilaian verifikasi [R]ACE-ILB IMPAC.

Pengalaman diiktiraf. Kompetensi diperkasa. Industri diberi pengiktirafan.

Image
Image
Image
Image