Dari Ladang ke Persijilan: [R]ACE-ILB Pacu Pengiktirafan Kemahiran Industri Lada Sarawak

29 Sept - Sesi Penilaian Verifikasi Calon PPT Program [R]ACE ILB IMPAC bagi bidang Operasi Penanaman Lada (piper nigrum) A012-002-2:2020 dan Penyeliaan Operasi Penanaman Lada (piper nigrum) A012-002-3:2020 telah selesai dilaksanakan di Lembaga Lada Malaysia (MPB) Kuching, Sarawak.

Sesi penilaian dinilai oleh Pegawai Penilai Luaran (PPL) Dr Chen Yi Shang. Encik Grenson Philip Angkok turut hadir selaku pemantau daripada JPK Wilayah Sarawak. Terima kasih kepada MPB dan Penyelaras Pusat Encik Mopie Beliang atas penyelarasan, bantuan dan hospitaliti sepanjang sesi penilaian dilaksanakan. Tahniah!

Image
Image
Image