MENCETUS GELOMBANG KEMAHIRAN, MENJULANG MASA HADAPAN ANAK NELAYAN!

4 September 2026 | Satu lagi mercu tanda penting dalam pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara telah tercipta menerusi Majlis Pemeteraian Kerjasama Strategik antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di MAEPS, Serdang.

Pertukaran dokumen kerjasama telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali, Ketua Pengarah JPK dan YBhg. Datoโ€™ Dr. Haji Abdul Salim bin Haji Tajudin, Ketua Pengarah LKIM. Majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh YBhg. Tuan Haji Muhammad Faiz Fadzil, Pengerusi LKIM, sekali gus menzahirkan iltizam padu semua pihak untuk memperkasa pembangunan modal insan berkemahiran tinggi dalam sektor perikanan dan penyelenggaraan marin negara.

Kerjasama strategik selama tiga tahun ini bakal menggerakkan program Akademi Dalam Industri (ADI) Perantisan yang menggabungkan latihan teori di IKBN Kuala Perlis dengan pengalaman amali sebenar di industri. Pendekatan berteraskan konsep โ€œtrain and placeโ€ ini membuka laluan kepada belia, khususnya anak nelayan, untuk memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang perkhidmatan dan penyelenggaraan mekanikal serta perpaipan marin.

Pelaksanaan projek rintis yang dijadualkan bermula pada November 2026 akan melibatkan 12 orang belia dan anak nelayan berdaftar dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Mereka bakal menjalani latihan selama 15 bulan bagi memperoleh SKM Tahap 2 dan Tahap 3.

Sinergi rentas kementerian ini bukan sekadar memeterai sebuah dokumen, bahkan mengukir sebuah tekad besar โ€” merapatkan jurang kemahiran, memenuhi denyut nadi industri dan mengangkat martabat komuniti nelayan melalui pendidikan berteraskan kemahiran.

Daripada lautan peluang kepada samudera kejayaan, TVET menjadi layar yang membawa generasi muda menuju masa hadapan yang lebih gemilang!

๐—ฅ(๐—˜๐—ฉ๐—ข๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ) ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง: ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ, ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ.

#JPKMalaysia

#TVETMalaysia

#TVETPilihanUtamaKerjaya

#AkademiDalamIndustri

#ADIPerantisan

#LKIM

#IKBNKualaPerlis

#MAHA2026

#MalaysiaMADANI

Image
Image
Image
Image