ALOR SETAR, 14 SEPTEMBER 2026 – Pelaksanaan Program ACE-ILB 2026 terus memperlihatkan impak positif dalam memperluas pengiktirafan kompetensi pekerja industri apabila seramai 18 orang calon daripada syarikat konsesi E-Idaman Sdn. Bhd., Alor Setar di bawah seliaan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) @SWCorpMalaysia selesai menjalani sesi verifikasi PPL-PPT. Lebih membanggakan, kesemua 18 calon berjaya TERAMPIL,
Pelaksanaan ACE-ILB 2026 turut memperkukuh kerjasama strategik antara JPK, ILB dan pihak industri dalam memperluas peluang pengiktirafan kompetensi kepada tenaga kerja yang berpengalaman serta menyokong pembangunan tenaga kerja berkemahiran yang kompeten dan berkualiti.
Komitmen berterusan pihak industri dalam menyokong pelaksanaan program ini membuktikan bahawa pengalaman dan kemahiran yang diperoleh melalui dunia pekerjaan mempunyai nilai yang signifikan untuk diiktiraf secara formal melalui sistem persijilan kemahiran.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), E-Idaman Sdn. Bhd. serta JPK Wilayah Utara yang telah bersama-sama menjayakan pelaksanaan penilaian dan verifikasi Program ACE-ILB 2026 ini.
🎉 Tahniah dan syabas sekali lagi kepada kesemua 18 calon atas pencapaian 100% TERAMPIL!
ACE-ILB 2026
Mengiktiraf Kompetensi, Memperkasa Tenaga Kerja Berkemahiran
#ACEILB2026 #ILBJPK #SPKM #PPT #SWCorp



