Sinergi TVET & Industri: Meneroka Potensi Pembuatan Tekstil, Kimia & Kasut di Pulau Pinang! ๐Ÿ‘Ÿ๐Ÿงช

11 Ogos 2026, Butterworth - Delegasi JPK bersama rakan strategik (ILB MATAC, MIDA, MATRADE, MITI, MTMA & FMFTA) telah melaksanakan lawatan industri ke fasiliti pembuatan di Pulau Pinang hari ini. Tujuan lawatan adalah untuk mendalami operasi kilang, cabaran semasa dan keperluan teknikal sebenar pemain industri.

Siri lawatan ini merangkumi dua fasiliti utama iaitu:

  • Sesi Pagi (Jooi Holdings Sdn. Bhd.): Penerokaan operasi pembuatan kasut (termasuk jenama Asadi) yang berpengalaman lebih 40 tahun untuk pasaran tempatan dan eksport.
  • Sesi Petang (Texchem Malaysia Sdn. Bhd.): Tinjauan ke fasiliti pengeluaran bahan kimia khusus bagi rawatan tekstil berstatus ISO 9001:2015 yang menyokong pasaran global.

Korelasi Strategik JPK & Industri

Lawatan ini amat signifikan dengan teras perniagaan JPK. Input yang diperoleh membuka ruang usahasama yang strategik khususnya untuk:

  • Pengiktirafan Pekerja melalui SPKM: Merintis kerjasama pengiktirafan kemahiran dan kepakaran pekerja industri sedia ada secara rasmi melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
  • Pemerkasaan NOSS & TVET: Memastikan pembangunan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) sentiasa sejajar dengan teknologi semasa, piawaian antarabangsa, dan kehendak majikan.

Terima kasih diucapkan kepada Jooi Holdings dan Texchem Malaysia atas peluang ini serta perkongsian yang bermanfaat. Terus maju bersama TVET negara!