Sepang, 27 Ogos 2026: Telah berlangsung Kursus Intensif Pemerkasaan Personel Penilaian & Verifikasi (PPV) Program [R]ACE-ILB 2026 Siri 4 di Oasis Ballroom, Ibis Styles Sepang KLIA, dengan penyertaan 80 peserta. Program anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) ini telah dirasmikan oleh Puan Molinda bte Abd Rahman, Pengarah BHIKS adalah merupakan kesinambungan usaha memperkukuh pelaksanaan Program [R]ACE-ILB.
Kursus ini bertujuan memantapkan kefahaman, kompetensi dan kesiapsiagaan personel PPV dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Pegawai Pengesah Luaran – PPT (PPL-PPT), di samping memastikan proses penilaian dan verifikasi dilaksanakan secara seragam, profesional, telus dan berintegriti. Pemerkasaan ini penting bagi memastikan pengalaman, kepakaran dan kompetensi pekerja industri dapat dinilai serta diiktiraf secara formal.
Pelaksanaan inisiatif ini menyokong sasaran [R]ACE-ILB untuk memberikan pengiktirafan kepada 10,000 pekerja industri berpengalaman, selaras dengan Agenda Strategik (R) Evolusi TVET JPK 2026–2030.



