SIRI JELAJAH PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) SENI BUDAYA ZON SABAH 2026

Siri Jelajah Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) Seni Budaya 2026 bagi Zon Sabah telah berlangsung di Bilik Seminar JKKN Sabah pada 23 Mei 2026 dengan penglibatan calon yang terdiri daripada Kumpulan Kesenian Jabatan, NGO serta aktivis seni budaya dari seluruh Sabah.

Pelaksanaan program ini bertujuan membuka ruang dan peluang kepada penggiat seni budaya dalam bidang tari, teater, muzik dan pengurusan pentas untuk memperoleh pengiktirafan kemahiran melalui TVET Seni Budaya.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh wakil BHIKS bersama TS. Shuhaina binti Ibrahim, Penolong Kanan Pengarah Unit Pengurusan ILB serta Puan Airin Jalani, Penolong Kanan Pengarah daripada BPK Unit Pendaftar, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Turut hadir ialah Puan Marina Abu Bakar, Pengarah JKKN Sabah serta wakil Bahagian Pembangunan Produk Seni Budaya, JKKN Ibu Pejabat iaitu Puan Somira binti Abd Rahman, Encik Muhammad Haqkam bin Hariri dan Puan Zanariah binti Abu Bakar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta serta pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.

#jkknsabah

#RancakkanMADANI

#MADANIBekerja

Image
Image
Image
Image