PROGRAM [R]ACE 2026 SESI 4 ANJURAN MARii

Pada 16 Julai 2026, telah berlangsung Program [R]ACE 2026 Sesi 4 anjuran Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii) bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya.

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah diwakili oleh Puan Shuhaina binti Ibrahim dan Puan Airin bin Jalani sebagai penceramah bagi menyampaikan perkongsian berkaitan peluang pengiktirafan pengalaman dan kompetensi pekerja melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) melalui Program [R]ACE-ILB 2026. Program [R]ACE-ILB 2026 ialah inisiatif Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) untuk memberi pengiktirafan rasmi kepada pekerja industri yang telah berpengalaman, tetapi mungkin belum memiliki kelayakan kemahiran formal.

Sesi ini turut memberi pendedahan kepada para peserta mengenai laluan persijilan, kaedah penilaian, keperluan bukti keterampilan serta manfaat memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia berdasarkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kerja yang dimiliki.

Program ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperluas akses persijilan kemahiran kepada tenaga kerja industri, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara JPK dan MARii dalam melahirkan tenaga mahir yang kompeten, diiktiraf dan berdaya saing.

Tahniah dan syabas kepada pihak MARii serta semua peserta yang terlibat dalam menjayakan Program [R]ACE 2026 Sesi 4.

#JPK

#KESUMA

#MARii

#RACE2026

#SPKM

#SijilKemahiranMalaysia

#TenagaMahirNegara

#TVETMalaysia

Image
Image
Image