16 Julai 2026, Cyberjaya - Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia terus komited memperkasa tenaga kerja industri negara menerusi pengiktirafan kemahiran yang telus dan bersistematik.
Pada 15 hingga 16 Julai 2026, sesi verifikasi telah dilaksanakan di SWCorp, Blok J, MKN Embassy Techzone, Cyberjaya, Selangor.
Seramai 4 orang PPL-PPT dan 3 orang panel kedua dari JPK telah dilantik untuk menjalankan verifikasi ke atas 26 orang calon berpengalaman merentasi 6 program kompetensi dalam bidang operasi pembersihan awam dan pengurusan sisa pepejal — meliputi Penyeliaan Operasi Pembersihan Awam, Penyeliaan Operasi Pengumpulan Sisa Pepejal, Operasi Mekanikal Pembersihan Awam, Operasi Rawatan dan Pelupusan Sisa Pepejal, serta Operasi Manual Pembersihan Awam.
Inisiatif ini dilaksanakan di bawah Program [R]ACE-ILB, iaitu kerjasama strategik antara JPK dengan Badan Peneraju Industri (ILB) — dalam kes ini SWCorp — bagi memastikan pekerja industri yang telah dilantik oleh ILB masing-masing menerima pengiktirafan kompetensi rasmi selaras dengan Standard kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Usaha ini membuktikan komitmen berterusan JPK dalam melahirkan tenaga kerja mahir, kompeten dan diiktiraf, selaras dengan hasrat memperkukuh ekosistem TVET negara.



