14 Julai 2026 - Seramai 37 calon sektor perkapalan (Deck & Engine) terlibat dalam Sesi Taklimat Pendaftaran Calon PPT Program [R]ACE-ILB 2026 telah diadakan di Institut Latihan Pengangkutan Laut (ILPL) Jabatan Laut Malaysia. Pelaksanaan taklimat pendaftaran calon ini perlu dilaksanakan secara Hibrid kerana majoriti Pelaut sedang signing on di atas kapal-kapal di seluruh Malaysia. Wakil dari pihak JPK yang terlibat pada Sesi taklimat pada kali ini adalah Ts. Airin Jalani, Cik Nor Aishah Mohd Tahir dan Ts. Shahrizwan Effendi Hashmi.
Terima kasih diucapkan kepada wakil pengurusan JLM iaitu Puan Rahayu Rajali, Ts. Abdul Khairi Habin dan Ts. Nur Izzati Nurhalimi yang turut sama hadir pada sesi taklimat hibrid calon PPT ILB JLM pada kali ini.



