Kajang, 11 Julai 2026 (Sabtu) | Tahniah diucapkan kepada Malaysian Welding & Joining Society (MWJS) atas kelancaran Sesi Verifikasi PPL-PPT SKM di bawah Program [R]ACE-ILB 2026.
Sesi penilaian kali ini melibatkan 7 orang calon di bawah ILB MWJS bagi Bidang Pemeriksaan Kimpalan Tahap 2 dan 3 (MC-060-2:2012 & MC-060-3:2012), dikendalikan sepenuhnya oleh 2 panel Pegawai Pengesah Luaran (PPL) yang dilantik bertempat di Pejabat MWJS di Sungai Merab, Selangor.
Sepanjang Sesi Interaktif Profesional dan Semakan Profil Kekompetenan berlangsung, kesemua calon telah memamerkan tahap pengalaman yang luas serta pemahaman yang amat cemerlang dalam bidang pemeriksaan kimpalan. Malah, kualiti yang ditunjukkan membuktikan mereka amat layak untuk melangkah ke tahap yang lebih tinggi selepas ini!
Tahniah sekali lagi kepada ILB MWJS dan syabas kepada semua calon!



