Telah selesai pelaksanaan Kursus Intensif Pemerkasaan Personel Penilaian & Verifikasi (PPV) Program [R]ACE-ILB 2026 bagi Siri 1 dan Siri 2. Kursus pemerkasaan ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Ringkasan program:
Tarikh : 9 Jun 2026 bagi Siri 1 dan 10 Jun 2026 bagi Siri 2.
Tempat : Gateway A, Hotel Sama-Sama, Sepang
Objektif : Memantapkan kefahaman menyeluruh buat personel yang dilantik mengenai tanggungjawab dan peranan mereka sebagai Pegawai Pengesah Luaran - PPT (PPL-PPT) di bawah Program [R]ACE-ILB
Impak Strategik : Menyokong penuh agenda memberikan pengiktirafan formal kepada 10,000 pekerja industri yang berpengalaman selaras dengan sasaran Agenda Strategik (R) Evolusi TVET JPK 2026-2030.
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua urus setia dan peserta atas komitmen padu yang diberikan demi memartabatkan agenda kemahiran negara!



