DALAM TALIAN, 12 JUN – Satu taklimat bimbingan khas telah diadakan pada hari ini dengan tujuan untuk memberi penerangan serta bimbingan menyeluruh berkaitan proses pendaftaran sistem MySPIKE dan pelaksanaan penilaian verifikasi melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) untuk calon kakitangan agensi dan industri bidang kelapa sawit, getah, kayu, koko, kenaf dan lada hitam. Sesi secara dalam talian ini dikendalikan oleh Penolong Kanan Pengarah (Unit Pengurusan ILB, BHIKS) JPK, Ts. Shahrizwan Effendi bin Hashmi, dan turut dihadiri oleh pengurusan tertinggi IMPAC yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IMPAC, Puan Nur Dalilah Termizi.
Dalam pertemuan ini, sesi pembentangan telah memperincikan panduan pendaftaran profil di sistem MySPIKE V2. Hasil daripada aktiviti ini memastikan kelancaran inisiatif Program [R]ACE-ILB 2026, yang komited menyokong sasaran strategik untuk memperkasa dan mengiktiraf kemahiran 10,000 pekerja industri melalui persijilan SPKM secara PPT menjelang tahun 2026.



