Bengkel ini diadakan bagi membincangkan dan menyelaras cadangan proses pelaksanaan dual persijilan antara Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP), meliputi aspek pentauliahan, latihan, penilaian dan pensijilan.
Melalui pembentangan daripada pihak CIDB dan JPK, pelbagai model cadangan pelaksanaan telah diperincikan termasuklah proses penyelarasan melalui Pusat Latihan (SLaPB & ADi) serta pengiktirafan melalui pengalaman kerja (PPT).
Terima kasih diucapkan kepada Puan Rosnoizom binti Abdul Majid (Pengarah BHIKS, JPK) dan PMr. Br. Muhammad Rizuan bin Hamzah (Pengurus Besar CIDB) atas ucapan aluan dan hala tuju yang jelas buat semua delegasi, serta semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan kelancaran bengkel ini.
Semoga usaha murni dan kolaborasi strategik ini membuahkan hasil penyeragaman yang impak tinggi demi masa depan industri kemahiran dan memberi nilai tambah pembinaan Malaysia.

