Sesi Verifikasi PPL-PPT SKM Tahap 3 Calon Program [R]ACE-ILB 2026 Bagi ILB Halal Development Corporation Berhad (HDC).

06 Julai 2026 (Isnin) | Halal Development Corporation Berhad (HDC). Sesi Verifikasi Pertama bagi Program program [R]ACE-ILB 2026 bersama Pegawai Pengesah Luaran - Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPL-PPT) bagi Bidang Penyeliaan Operasi Halal [M749-004-3:2020] telah selesai dijalankan dengan lancar kepada semua calon dibawah ILB HDC bertempat di Halal Development Corporation Berhad (HDC).

Sesi penilaian ini dikendalikan oleh 2 panel yang dilantik dan telah dilaksanakan di Bilik Latihan Ibnu Sina di Halal Development Corporation, kepada 6 orang calon. Semua calon yang hadir pada Sesi Interaktif Profesional dan Semakan Profile Kekompetenan adalah berpengalaman dan memiliki kefahaman yang mantap dalam bidang pengurusan serta pelaksanaan halal. Syabas diucapkan kepada semua calon ILB HDC.

Image
Image
Image