18-19 Jun 2026 (Khamis-Jumaat) | Dewan Melor, Institut Pemberdayaan Ummah Selangor (INSEL), Sabak Bernam, Selangor
Institut Pemberdayaan Ummah Selangor (INSEL) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah berjaya melaksanakan Bengkel Pemetaan Silabus Program Sijil Dakwah dan Kepimpinan (PSDK) dengan NOSS SKM Tahap 3 Dakwah Islam. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini bertujuan untuk menyelaras dan membangunkan Kurikulum bagi Program Sijil Dakwah dan Kepimpinan agar selari dengan standard NOSS SKM Dakwah Islam.
Pelaksanaan bengkel ini melibatkan kehadiran Pegawai daripada Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) JAKIM, DO Unit Pengurusan ILB, Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pegawai serta Tenaga Pengajar daripada INSEL. Semoga usaha murni ini memacu pemerkasaan ummah dan melahirkan da'i serta kepimpinan Islam yang lebih kompeten.


