MARii - SESI TAKLIMAT PROGRAM PERSIJILAN SPKM MELALUI KAEDAH PPT BAGI PEKERJA INDUSTRI DI BAWAH ILB 2026 ([R]ACE-ILB 2026) KEPADA PEGAWAI MALAYSIA AUTOMOTIVE ROBOTICS AND IOT INSTITUTE (MARii)

13 April 2026 | Isnin

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) melalui Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS) telah melaksanakan Sesi Taklimat Program Persijilan SPKM melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) bersama pegawai Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii) di Ibu Pejabat MARii di Cyberjaya.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif [R]ACE-ILB 2026, yang memberi peluang kepada tenaga kerja industri dalam sektor ILB yang dilantik oleh JPK untuk mendapatkan Pensijilan Kemahiran Malaysia (SKM/DKM/DLKM) berdasarkan pengalaman kerja sedia ada tanpa perlu melalui laluan latihan konvensional.

💡 Apa yang dikongsikan?

✔️ Pengenalan kepada Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM)

✔️ Kaedah PPT sebagai laluan alternatif pensijilan

✔️ Tatacara permohonan melalui sistem MySPIKE

✔️ Peranan agensi dalam menyokong pembangunan tenaga mahir

Terima kasih diucapkan kepada pihak MARii atas komitmen dan keterbukaan dalam meneroka inisiatif ini. Semoga kolaborasi strategik ini dapat terus diperkukuh demi pembangunan tenaga mahir negara.

#TVETMalaysia #JPK #SPKM #PPT #RACEILB2026 #RevolusiTVET

Image
Image