PUTRAJAYA, 11 Mac 2026 - Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan serta membincangkan peranan JKM sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi sektor Penjagaan dan Perkhidmatan Komuniti yang dilantik oleh JPK.
Perbincangan turut menyentuh usaha memperkukuh kerjasama dalam pembangunan standard kemahiran, pelaksanaan latihan serta pensijilan kemahiran di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) bagi menyokong pembangunan tenaga mahir dalam sektor penjagaan dan perkhidmatan komuniti di Malaysia.
#ILBJPK #[R]EvolusiTVET
#[R]ACEILB2026 #TVETMalaysia #PekerjaMahir

