JKKN : SESI TAKLIMAT PROGRAM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT) DI BAWAH BADAN PENERAJU SENI BUDAYA (ILB): ACE-ILB 2026

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2026 – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah menganjurkan sesi taklimat mengenai Program Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) di bawah Badan Peneraju Industri (ILB) Seni Budaya, iaitu Program [R]ACE-ILB 2026, bertempat di JKKN Ibu Pejabat yang disertai oleh pegawai, kakitangan serta Artis Budaya Kumpulan Kesenian Jabatan dari Ibu Pejabat JKKN, JKKN WPKL dan JKKN Selangor.

Sebagai Badan Peneraju Industri Seni Budaya yang dilantik oleh JPK, JKKN melaksanakan salah satu inisiatif utama 2026 iaitu SKM-PPT. Pada tahun ini, JPK telah memperkenalkan kaedah baharu penilaian PPT melalui program [R]ACE-ILB 2026 (Acknowledgement of Competency & Experience) kepada semua pekerja industri di bawah ILB. Melalui kaedah ini, penilaian dilaksanakan berdasarkan Sesi Interaksi Profesional yang dijalankan secara temu duga.

Taklimat disampaikan oleh Puan Norazira binti Ahmad (BHIKS, JPK) bertajuk “ACE-ILB 2026: Acknowledgement of Competency & Experience Through Industry Lead Body (ILB)”, dan Ts. Bizaisham bin Bidin (BPK, JPK) bertajuk “Pelaksanaan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)”. Sesi ini turut dihadiri oleh YBrs. Encik Rosnan bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah, Sektor Dasar dan Perancangan JKKN, serta YBrs. Dr. Mohammad Husri bin Morni, Penolong Pengarah Kanan PPSB, JKKN.

Sesi ini diharap memberi pendedahan dan kefahaman lebih jelas kepada warga kerja dan penggiat seni budaya, sekali gus menyokong usaha JKKN memperkasa kemahiran dan profesionalisme penggiat seni budaya.

#JPK #KESUMA

#ILBJPK #[R]EvolusiTVET

#[R]ACEILB2026 #TVETMalaysia #PekerjaMahir

Image
Image
Image
Image