ILB JPJ PERKASA PROGRAM PENGAWAS SELIAAN MENERUSI KURSUS INDUKSI ADI DI AKADEMI JPJ MELAKA

AYER MOLEK, 3 Mac 2026 – Bagi memperkasa dan memantapkan lagi pelaksanaan Program Pengawas Seliaan Pengangkutan Jalan, satu Kursus Induksi ADI telah dianjurkan bertempat di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Tiang Dua, di sini, hari ini.

Penganjuran kursus bertujuan bagi pelantikan peserta sebagai pengajar dan jurulatih bagi Program Pengawas Seliaan Pengangkutan Jalan (O841-005S-3:2025) yang akan dijalankan pada April 2026 di Akademi JPJ Air Molek sebagai pusat pembelajaran teori dan JPJ seluruh Malaysia sebagai pusat amali.

Kursus yang berintensiti tinggi ini melibatkan seramai 120 pegawai dan anggota penguatkuasa JPJ terdiri daripada pengarah negeri, timbalan pengarah dan pegawai pelbagai gred.

Fokus utama kursus adalah untuk meningkatkan kompetensi, pemahaman sistem, dan kecekapan operasi seliaan selaras dengan prosedur standard yang ditetapkan oleh jabatan.

Selain itu, para peserta turut diberikan pendedahan kepada sistem MySPIKE (Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia), khususnya melibatkan NDTS Trainer Training Programme (Program Latihan Pengajar Sistem Latihan Dual Nasional) yang amat penting dalam penarafan dan pengiktirafan kemahiran penyeliaan.

#JPK #KESUMA

#ILBJPK #[R]EvolusiTVET

#[R]ACEILB2026 #TVETMalaysia #PekerjaMahir

Image
Image