MEMACU (R)EVOLUSI TVET JPK 2026-2030 MELALUI [R]ACE-ILB 2026

PUTRAJAYA, 16 Februari 2026 – Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) terus mengorak langkah memperkasakan agenda modal insan Negara melalui Sesi Taklimat Pelaksanaan Program [R]ACE-ILB 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya secara dalam talian (On-Line).

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Norazira binti Ahmad (Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS) JPK) kepada wakil-wakil Badan Peneraju Industri (ILB).

Program [R]ACE-ILB 2026 ini merupakan salah satu mandat penting di bawah Agenda Strategik (R)Evolusi TVET JPK 2026-2030 bagi mempersijilkan pekerja industri dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui pengalaman dan kepakaran mereka.

Terima kasih kepada semua rakan strategik ILB atas komitmen yang diberikan sepanjang sesi taklimat ini.

#JPK #KESUMA #[R]EvolusiTVET #[R]ACEILB2026 #TVETMalaysia #PekerjaMahir #HGHV

Image
Image
Image
Image