12 Februari 2026 (Port Klang) | Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengadakan satu sesi perbincangan bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM) bertempat di Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Port Klang.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengarah MATRAIN, Puan Rahayu binti Rajali, manakala delegasi JPK diketuai oleh Pengarah Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS), Puan Rosnoizam binti Abd. Majid.
Perbincangan memfokuskan kepada pengiktirafan Sijil Kelayakan Profesional dalam industri maritim, khususnya melibatkan pelaut yang perlu memiliki Sijil Kompetensi (Certificate of Competency – CoC) selaras dengan piawaian antarabangsa STCW (Standards of Training, Certification and Watchkeeping for Seafarers) dan mempromosikan Persijilan Kemahiran Malaysia kepada Institut Latihan Maritim (ILM) serta membincangkan pelaksanaan pensijilan pekerja industri maritim melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) sebagai laluan alternatif bagi pengiktirafan kemahiran berasaskan pengalaman industri.
Kerjasama strategik ini diharap dapat memperkukuh penyelarasan standard kompetensi antara agensi serta memperkasakan pembangunan tenaga kerja mahir dalam sektor maritim negara

