MOGSC : KUNJUNG HORMAT MOGSC KE JPK - MEMPERKASA KERJASAMA STRATEGIK INDUSTRI OGSE

28 Januari 2026 - Sinergi JPK dan industri sektor tenaga kini di fasa baharu! Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, YBrs. Ir. Ts. Dr. Kamaruzaman Bin Hj. Md. Ali telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi ILB The Malaysian Oil, Gas and Energy Services Council (MOGSC) yang diketuai oleh Ts. Hj. Anwarudin bin Saidu Mohamed. Pertemuan strategik ini memperkukuh peranan MOGSC sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) utama.

Fokus Utama 'Way Forward':

Persijilan SKM Meluas: Melaksanakan program persijilan khusus untuk pekerja industri sektor minyak, gas dan tenaga di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Pengiktirafan Kepakaran: Memastikan pekerja industri sektor minyak, gas dan tenaga yang berpengalaman mendapat pengiktirafan rasmi melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Penyelarasan & Pengiktirafan Standard (NOSS): Memperkasa Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) sektor minyak, gas dan tenaga agar diiktiraf di peringkat yang lebih tinggi dan meluas, selaras dengan keperluan teknologi global semasa.

Kerjasama strategik ini adalah komitmen berterusan JPK dalam menjayakan Agenda Strategik (R)EVOLUSI TVET JPK 2026 – 2030 bagi memastikan tenaga kerja tempatan memiliki persijilan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa!

Image
Image
Image
Image