JKKP : MESYUARAT KERJA PENYELARASAN KUMPULAN FOKUS KERJA (FWG) PENTAULIAHAN, PENILAIAN & PERSONEL (3P) BILANGAN 1 TAHUN 2026
PUTRAJAYA, 22 Januari 2026 – Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia, telah menganjurkan Mesyuarat Kerja Penyelarasan Kumpulan Fokus Kerja (FWG) Pentauliahan, Penilaian dan Personel (3P) Bil. 1 Tahun 2026 pada 21 hingga 22 Januari 2026 bertempat di Dewan Serbaguna KESUMA, Kompleks Setia Perkasa, Putrajaya.
Mesyuarat telah dipengerusikan bersama oleh YBrs. Puan Rosnoizam binti Abd. Majid, Pengarah Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS), JPK dan YBrs. Dr. Rabaayah bt. Daud, Pengarah Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan (BDAPP), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Mesyuarat ini melibatkan penyertaan wakil-wakil daripada pelbagai bahagian di JPK, JKKP serta Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), termasuk Lembaga Penilaian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (LPKKKP).
Penganjuran mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan JPK, JKKP dan NIOSH dalam memperkukuh sistem pensijilan kompetensi negara melalui penyelarasan antara agensi, pemantapan tadbir urus dan integrasi sistem digital, selaras dengan keperluan pembangunan tenaga kerja mahir yang selamat dan berdaya saing.
Syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen menjayakan sesi ini. Semoga usaha ini menjadi langkah positif dalam memperkasa latihan kemahiran belia dalam bidang tekstil dan fesyen negara. 👏✨
