11 November 2025 | Shah Alam
Bahagian Hubungan Industri & Kerjasama Strategik, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah menyertai Lawatan Industri ke Makmal Tekstil UiTM yang dianjurkan oleh Badan Peneraju Industri (ILB) Malaysian Textile and Apparel Centre (MATAC) pada 11 November 2025.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan oleh pihak universiti dalam bidang tekstil, selain membuka ruang kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dan sektor industri tekstil serta pakaian negara.
Turut terlibat dalam lawatan ini ialah wakil-wakil agensi yang bernaung di bawah MATAC, MIDA, MITI yang bersama-sama membincangkan potensi kolaborasi dalam bidang pengujian, standardisasi dan pembangunan produk tekstil yang boleh dimanfaatkan oleh industri tempatan.
Delegasi turut diberi taklimat mengenai keupayaan makmal UiTM dalam aspek ujian fabrik, penyelidikan serta pembangunan produk tekstil inovatif, yang berpotensi menyokong pertumbuhan sektor tekstil berasaskan TVET.
Program seperti ini amat penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama industri–institusi, selaras dengan hasrat JPK untuk memastikan pembangunan kemahiran negara kekal relevan dengan keperluan pasaran semasa.
Terima kasih kepada pihak MATAC dan UiTM atas jemputan serta perkongsian ilmu yang amat bermanfaat sepanjang sesi lawatan ini.
#JPK
#ILBMATAC
#kerjasamastrategik
#Skill4all



