29 September 2025 - Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah menghadiri Sesi Libat Urus Bersama Rakan Strategik dan Pusat Bertauliah anjuran ILB Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) di TAMU Hotel, Kuala Lumpur.
Sesi ini bertujuan untuk memperkukuhkan kolaborasi TVET Pertanian-Industri dalam memperkasa bakat ke arah pertanian moden dan berteknologi tinggi.
Antara objektif program ini adalah:
✅ Memaklumkan halatuju KPKM dalam memperkasa TVET Pertanian
✅ Mendapatkan input dan cadangan daripada pihak industri
✅ Meningkatkan jalinan kerjasama strategik dengan industri
✅ Mengenal pasti peluang baharu dalam teknologi agropreneurship dan inovasi pertanian
✅ Mempromosi program TVET: Akademi Dalam Industri (ADi)



