CSM : FORUM ON ASEAN-CHINA DIGITAL TRUST AND SECURITY CAPACITY BUILDING COOPERATION : _Enhance Digital Security, Safeguard Digital Economy

2 Oktober 2025 - Hari ini ILB Cybersecurity Malaysia (CSM) telah menganjurkan Forum on ASEAN–China Digital Trust and Security Capacity Building Cooperation di MITEC, Kuala Lumpur.

Forum ini menghimpunkan wakil dari ASEAN dan China bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang keselamatan digital, sekali gus menyokong pembangunan ekonomi digital serantau.

Forum ini turut menampilkan sesi perkongsian daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang mengetengahkan peranan JPK dalam menyediakan perkhidmatan pembangunan standard kemahiran termasuk NOSS (National Occupational Skills Standard) serta Occupational Framework (OF).

Kerjasama dan perkongsian seperti ini amat penting bagi memastikan aspek kemahiran, standard dan kapasiti keselamatan digital dapat dibangunkan secara menyeluruh serta sejajar dengan keperluan semasa.

Image
Image
Image
Image