2 Oktober 2025 - Hari ini berlangsungnya Majlis Konvokesyen SWCorp Kali Ke-4 di Bangi Avenue Convention Centre, meraikan kejayaan 243 graduan yang telah berjaya menamatkan latihan melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 2) bagi program Operasi Manual Pembersihan Awam (LE-033-2:20212).
Program ini telah dijalankan oleh SWCorp dengan kerjasama 18 Pusat Vokasional Industri Penjara di seluruh Semenanjung Malaysia.
Selain itu, lima warga kerja SWCorp turut menerima SKM Tahap 3 dalam bidang Setiausaha Korporat Eksekutif menerusi kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Majlis turut disempurnakan oleh YB Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bersama barisan kepimpinan KPKT, SWCorp, Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Hadir mewakili Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran selaku kepimpinan JPK ialah Pn. Rosnoizam binti Abd Majid, Pengarah Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS), JPK, KESUMA.
Tahniah kepada semua graduan! ![]()
Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat dan memberi sinar untuk terus maju dalam kehidupan.

