2-3 Ogos 2025 : Berlangsung Kursus PP-PPD-PPB di Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam, anjuran Halal Development Corporation Berhad (HDC).
Seramai 17 orang peserta dari industri, badan kawal selia dan institusi pendidikan hadir ke kursus ini dalam usaha HDC selaku Industry Lead Body (ILB) untuk menambahkan bilangan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) dan Pegawai Penilai (PP) bidang halal.
Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pengarah, Bahagian Pentauliahan (BPT), Puan Nooraini binti Saaim dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pensijilan Kompetensi (BPK), Puan Nurhida binti Shaharuddin.
Melalui penganjuran kursus ini diharapkan agar lebih ramai calon dalam bidang halal dapat dinilai tahap kompetensi dengan lebih cekap untuk dipersijilan dengan SKM dan DKM.

