MGTC : SEMINAR PROMOTING NATIONAL COMPETENCY STANDARD (NCS) & NATIONAL OCCUPATIONAL SKILLS STANDARD (NOSS) IN GREEN TECHNOLOGY SECTOR

21 Ogos 2025, Royal Park Hotel, UNITEN | Program ini merupakan kerjasama strategik antara Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) sebagai Industry Lead Body (ILB) dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Sabihah Salleh, Head of Green Growth MGTC, serta ucapan pembukaan oleh Puan Siti Hasmah, Pengarah BSPKTVET JPK, yang mewakili Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran.

Lebih 80 peserta menghadiri seminar ini termasuk wakil industri, agensi kerajaan, akademia dan pusat bertauliah seperti ADTEC Kemaman, ADTEC Ipoh, IKTBN Dusun Tua, Politeknik PD dan Politeknik Sultan Azlan Shah. Seminar memberi tumpuan kepada NCS-020-2024 Sustainability Reporting dan NOSS Energy Audit, selari dengan National Sustainability Reporting Framework (NSRF) dan aspirasi negara ke arah ekonomi rendah karbon.

Penceramah daripada UTP, MGTC dan industri turut berkongsi pengetahuan mengenai sustainability reporting, GHG Protocol & Energy Audit, inovasi hijau seperti microalgae harvesting, serta kepentingan pelaporan kelestarian untuk meningkatkan daya saing industri. Seminar ini juga menekankan bahawa

JPK kini mempunyai 265 NOSS berkaitan teknologi hijau yang boleh dipersijilkan melalui PPT, ADi dan SLaPB.

JPK merakamkan penghargaan kepada ILB MGTC dan semua penceramah atas sumbangan berharga. Seminar ini diyakini dapat memperkukuh ekosistem TVET hijau serta mempercepat penerimaan NCS dan NOSS dalam sektor teknologi hijau negara.

Image
Image
Image
Image