21 Ogos 2025 – Hari ini telah berlangsung Majlis Pelancaran Kerangka Pekerjaan (Occupational Framework – OF) bagi Sektor Tekstil dan Pakaian bertempat di Hotel Katerina, Batu Pahat anjuran ILB Malaysian Textile & Apparel Centre (MATAC).
Tujuan acara ini adalah bagi mempromosikan Kerangka Pekerjaan (OF) dan NOSS di bawah bidang Tekstil dan Pakaian. OF ini menjadi panduan strategik kepada industri dalam mengenal pasti pekerjaan kritikal, kemahiran semasa dan laluan kerjaya, seterusnya menyokong pembangunan lebih 48 NOSS (National Occupational Skills Standards) dalam bidang ini.
MATAC juga mengambil inisiatif untuk melaksanakan peluncuran 2 dokumen OF dan dokumen IndSF iaitu :
OF C13 – Manufacture of Textiles
OF C14 – Manufacture of Wearing Apparel
IndSF - Textiles and Apparel & Footwear
Turut diadakan pada majlis ini ialah penyampaian sijil pelantikan Malaysian Textile & Apparel Centre (MATAC) sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi sektor tekstil dan pakaian yang disampaikan oleh Pn Rosnoizam binti Abd Majid, Pengarah Bahagian Hubungan Industri dan Kerjasama Strategik (BHIKS), JPK kepada Dato Sri Tan Thian Poh selaku Penasihat MATAC.
Pelancaran ini membuktikan komitmen kerajaan melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), KESUMA untuk memperkukuh ekosistem bakat TVET, melahirkan tenaga kerja high-value, future-ready, dan menjadikan industri tekstil serta pakaian lebih mampan, inovatif, dan berdaya saing.



