17-19 Ogos 2025 | Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Terengganu
Bengkel Penyelarasan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Terbitan bagi bidang kebombaan telah diadakan dengan penglibatan pegawai-pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta tiga (3) pegawai Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dari Bahagian BSPKTVET dan BHIKS.
Bengkel ini memberi tumpuan kepada pembangunan NOSS terbitan bagi Fire Safety Manager dan Fire Safety Officer, merangkumi penetapan skop kerja, tahap kompetensi, serta pengetahuan yang diperlukan. Hasil bengkel ini telah mencapai kesepakatan awal sebagai asas penyediaan draf NOSS untuk memenuhi keperluan industri dan jabatan.



