MOGSC : ENERGY TALENT SUMMIT (ETS) 2025 : EMPOWERING TALENT ENERGIZING INDUSTRY – Unlocking a Competitive and Sustainable Future


6 Ogos 2025 - Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah menyertai Energy Talent Summit (ETS) 2025, sebuah platform strategik anjuran ILB The Malaysian Oil, Gas & Energy Services Council (MOGSC) di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan dan institusi latihan bagi membincangkan hala tuju pembangunan modal insan dalam sektor Oil & Gas Services and Equipment (OGSE).

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Sutekno bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Sumber Manusia, yang turut menyampaikan ucaptama mengenai peranan kerajaan dalam memperkukuh strategi pembangunan bakat tenaga kerja negara.

Antara pengisian utama ETS 2025 adalah sesi panel, pembentangan dan pengumuman kolaborasi yang memberi fokus kepada:

✅ Pekerja masa depan dalam sektor tenaga

✅ Pembangunan tenaga mahir mampan

✅ Transformasi digital dan impak teknologi AI

✅ Pembangunan kemahiran melalui standard seperti NOSS, OF & IndSF

Wakil JPK, Ir. Ts. Dr. Aziyati Binti Yusoff, telah menjadi ahli panel dalam Sesi Panel 2: "Membina Pekerja Mahir Mampan untuk Masa Depan", bersama panel dari CIDB, JPDC, INSTEP dan ILP Pasir Gudang.

Penyertaan JPK dalam program ini membuktikan komitmen berterusan dalam menyokong kerangka pembangunan kemahiran negara, selaras dengan Dasar TVET Negara 2030 dan aspirasi tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk sektor strategik negara.

#Skill4All

#KESUMA

#TVETMalaysia

#IndustryLeadBody

Image
Image
Image
Image
Image
Image